Ketika berada di rumah kediaman atau pejabat anda, ambil
sedikit masa untuk perhatikan keadaan siling dan dinding disekitar anda. Adakah
anda jumpa tompok-tompok hitam, cendawan-cendawan kecil yang mula menjalar
atau perubahan warna yang tidak sekata?
Sekiranya tanda-tanda tersebut wujud, ia bermakna kediaman
yang anda duduki mengalami penyakit yang dikenali sebagai sindrom bangunan
sakit (SBS). Sindrom ini besar kemungkinan menyumbang kepada pelbagai masalah
kesihatan kepada penduduk di dalamnya.
Ingat manusia dan haiwan sahaja yang boleh ada penyakit ke?
Bangunan tempat kita bekerja dan tinggal pun ada penyakit tahu tak. Mari kita
baca dan tambah ilmu pengetahuan kita tentang jenis-jenis penyakit yang boleh
dialami oleh bangunan.
Sebilangan penyakit yang benar-benar dikenal pasti, seperti
penyakit Legionnaires, asma, pneumonitis hipersensitiviti, dan humidifier
fever, telah dikaitkan secara langsung kepada masalah bangunan khusus. Ini
dinamakan penyakit berkaitan bangunan. Kebanyakan penyakit ini boleh dirawat;
namun begitu, sesetengahnya mendatangkan risiko serius.
Penyakit Legionnaires merupakan satu daripada penyakit
berkaitan bangunan. Ia merupakan satu bentuk pneumonia berbakteria yang
dicirikan oleh demam, seram sejuk dan batuk kering yang dikaitkan dengan sakit
otot dan kadang-kadang diarea. Penyakit Legionnaires mendapat namanya semasa
orang yang menghadiri konvensyen Legion Amerika di Philadelphia dalam bulan
Julai 1976 diserang penyakit ini. Demam Pontiac pula adalah penyakit yang
kurang serius yang dicirikan oleh demam dan sakit otot tanpa gejala pneumonia.
Bakteria yang menyebabkan penyakit Legionnaires, legionella
pneumophila, akan membiak di dalam mana-mana takungan persekitaran yang
keperluan nutrient, air dan suhunya dipenuhi, dan memasuki udara apabila tempat
tersebut diganggu. Bakteria ini membiak subur pada suhu di antara 25°C dengan
45°C, dengan suhu optimum sekitar 35°C. Walaupun organisma ini terdapat melata
dalam alam sekitar, kepekatan di udara hanya sesekali mencapai aras yang cukup
untuk menjangkiti subjek biasa.
Menara pendinginan air dan sistem air panas di dalam
bangunan telah dikenal pasti sebagai punca utama organisma ini. Tanpa rawatan
ke atas air atau tanpa penyenggaraan sistem yang cukup, legionella boleh
membiak dan kemudian teragih ke seluruh bangunan melalui sistem pengendalian
udara.
Nak tahu apa itu kulat?macam mana boleh terjadi?cara hilangkan kulat bangunan?adakah akan memudaratkan kesihatan kita atau mencacatkan pandangan mata kita sahaja?
tunggu post yang akan datang.......
No comments:
Post a Comment